
Sedar atau tidak rata-rata masyarakat umum masa kini menghidap keradangan resdung (sinus) yang berpunca daripada amalan pemakanan sehari-hari, tahap kualiti udara dan tahap kebersihan persekitaran sekeliling.
Namun sebilangan besar masyarakat kini juga sedar bahawa kos rawatan dan pembedahan sakit resdung (sinus) pada tahap kronik bakal menelan belanja yang tinggi dan semakin meningkat saban tahun. Kerisauan ini membuatkan ramai yang mula mengambil inisiatif sendiri untuk mencari punca sakit resdung dan mula mengambil berat tentang masalah keradangan ini.
Justeru sebilangan besar masyarakat yang lebih prihatin ke atas kesihatan mereka mula mengambil langkah pencegahan awal sebelum masalah sakit resdung mereka bertambah buruk dan kronik yang mampu menjejaskan kualiti hidup.

Atas dasar itu, pengamal perubatan tradisional, Puan Zura Nazir yang kini mengusahakan Pusat Rawatan Resdung Tradisional menawarkan rawatan pencegahan awal bagi sakit resdung dengan menggunakan kaedah rawatan resdung tanpa asap (Zusera) yang tidak memedihkan dan tidak menyesakkan pernafasan pesakit dengan kadar caj rawatan yang amat berpatutan.

Beliau telah berkecimpung dalam rawatan resdung tradisional ini selama lebih 16 tahun dan masih meneruskan kaedah rawatan tradisional ini atas minatnya yang mendalam dalam membantu ikhtiar masyarakat bagi mendapatkan rawatan awal dalam mencegah sakit resdung sebelum ke tahap kronik.
Antara simptom awal resdung yang biasanya boleh dikesan pada diri sendiri adalah seperti berikut :-
* bersin yang kerap tanpa henti pada waktu pagi
* gatal di kerongkong dan anak tekak atau selalu berkahak
* mata berair dan gatal tak puas digenyeh
* rongga telinga selalu gatal dan kerap rasa tersumbat
* hidung selalu berhingus dan ada kala tersumbat
* boleh dikategorikan tahap kronik apabila nafas mula berbau seperti hanyir atau cecair berbau hanyir mula keluar daripada rongga telinga.
Pelanggan yang datang membuat rawatan resdung tradisional Zusera ini rata-rata memberikan maklum balas yang baik dan merasakan kesan positif ke atas kesihatan mereka selepas mendapatkan rawatan awal ini lebih-lebih lagi di bahagian wajah mereka.
Kami menjemput dan mengundang kepada semua individu yang mempunyai simptom awal sakit resdung untuk cuba rawatan tradisional alternatif ini mengikut keinginan anda tanpa ada caj yang tersembunyi.

Bagi anda yang ingin datang buat rawatan boleh buat tempahan slot (booking) melalui whatsapp atau terus datang ke Pusat Rawatan Resdung Zusera di
No. 6, Medan Selera MPS, Jalan Sungai Tua, Taman Jasa, 68100 Batu Caves, Selangor.
Sentuh peta di bawah untuk mendapatkan pandu arah menggunakan Google Map di peranti anda.

Terima kasih atas luangan masa anda.
Zusera Sinus Beauty Team